Latest News

Program Booster Vaccination di PUSAT PERUBATAN SUKAN NEGARA (PPSN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN) menawarkan Program Booster Vaccination untuk warga ISN dan orang awam.

Antara vaksin yang disediakan adalah:

    1. Vaksin Measles, Mumps and Rubella (MMR) – RM35.00
    2. Polio – RM60.00

Program ini dapat memberi perlindungan tambahan serta mengurangkan risiko dijangkiti wabak penyakit MMR dan Polio yang boleh berjangkit dan membawa kemudaratan.

Perkhidmatan suntikan vaksin akan bermula pada 1 Julai 2020 di PPSN secara first come first serve basis (sementara stok masih ada).

Sesiapa yang berminat perlu membuat temujanji melalui hotline PPSN (03-8991 4880) ataupun menghubungi kaunter pendaftaran PPSN.