Latest News

Perlawanan Persahabatan Amal #ProjekTongkat

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2020 – Team ISN diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Ahmad Faedzal, telah mengadakan perlawanan persahabatan amal menentang Pasukan Bolasepak Orang Kudung Malaysia pada 15/2/2020, bertempat di Padang MSN, Bukit Jalil.

Perlawanan ini diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap #ProjekTongkat, sebuah inisiatif kesedaran dan pembangunan Bolasepak Kudung dan bagaimana bolasepak boleh menyatukan kita semua, dengan tema “FOOTBALL FOR ALL”.

Sumbangan juga telah disampaikan kepada wakil #ProjekTongkat dalam menyokong usaha mereka untuk mengumpul dana bagi penganjuran Kejohanan Jemputan Piala MAFA 2020; iaitu kejohanan bolasepak kudung pertama diadakan di Asia Tenggara melibatkan 6 negara, iaitu Malaysia, Palestin, Indonesia, Iran, India dan Nepal.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini, pihak ISN juga telah mengumumkan tajaan Liputan Perubatan ketika Kejohanan Piala Jemputan MAFA berlangsung pada April 2020.

Individu / Korporat yang ingin menyumbang bagi #ProjekTongkat ini boleh menyumbang melalui akaun dibawah :

Akaun Sumbangan

Kelab Bolasepak Pan Disability

CIMB : 800 204 6126

Ref :  MAFA

 

#PPSN #PoweredByISN